PINDAH

August 8th, 2008 by makcuuu

Saya perlu berPINDAH ke tempat yang lebih baru, awal waktu saya berjinak dalam bidang ini, hanya kerana ingin membaca kisah tulisan hidup orang, tiba-tiba tanpa saya sedar saya sudah ada satu dalam bahasa penjajah negara saya, dan yang kedua  ini dalam bahasa ibunda saya, saya sangat-sangat menghargai setiap komen, kutukan membina, semangat, saranan, segalanya dari anda, dan juga anda yang tidak memberi komen disini sebaliknya, memberi khidmat sms pada saya, saya sangat hargai, walaupun saya tidak mengenali anda. Terima kasih kerana sudi membaca.

Saya akan berpindah ke tempat yang lebih baik, lebih menarik, lebih dan lebih … tunggu sajala..kenapa saya ingin berpindah? Suka hati sayala, takkanlah saya nak ikut suka hati anda…

Saya akan berpindah ke tempat baru …ke

http://makcu.blogspot.com/

[ saya sangat-sangat menghargai anda semua]

~ sedang mendengar : Meningalkan Aku Sendiri dari Hujan

CANGGIH

July 28th, 2008 by makcuuu

Barangan yang terlalu CANGGIH kadang-kadang boleh membuatkan kita riak, senang hati, tertekan , tidak keruan, gembira, sedih dan sebagainya.

Tidak kiralah dari jenama apapun dan dalam bentuk apa pun, jika ia barangan, dan ia dikategorikan sebagai barangan moden atau canggih ia boleh memberi kesan yang positif atau negatif dalam hidup kita, ini andaian saya, saya tidak peduli andaian anda… maaf saya kurang pasti andaian anda.

Beberapa barangan saya yang kurang canggih, memberi kesan yang membuatkan hati saya tidak keruan bila memikirkan keadaannya, barangan kurang canggih saya rosak dengan teruk dan berada dalam keadaan kritikal disaat-saat keadaan saya yang begitu sibuk dan genting dan sangat-sangat memerlukannya.

Ada hikmahnya………… betulaaaa ada hikmahnyaaaa….Alhamdulillah!!!

[ anda jika ingin memberi sms, mms, bertalian  dengan  saya perkenalkan diri dulu, saya mohon maaf jika anda merasakan saya tidak melayan atau sombong terhadap anda tetapi semua ini kerana barangan kurang canggih saya!]

~sedang mendengar : A Hard Days Night dari Beatles

RASA

July 25th, 2008 by makcuuu

Kadang –kadang kita RASA kita sudah cukup bagus,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup lembut,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup baik,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup alim,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup teliti,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup kerja,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita cukup cantik,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita cukup tampan,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita cukup tertekan,

Tapi pada pandangan yang lain tidak,

Kadang-kadang kita rasa kita cukup dan cukup…

Tapi pada pandangan yang lain tidak…

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup sempurna,

Ingatlah.. Tiada yang sempurna melainkanNYA.

[ suka saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan dan musuh-musuh dan semua...]

~sedang mendengar : Wangi Bunga dari Ian

TANGKAP

July 16th, 2008 by makcuuu

Di TANGKAP lagi.. Kenapa? Kerana mereka tidak berpuas hati, kerana mereka rasa tercabar malam tadi, kerana mereka tidak menjawab soalan dengan sebaiknya, kerana mereka rasa nyawa dan maruah mereka dihujung sahaja, kerana mereka rasa mereka kalah dengan hina, kerana mereka rasa mereka berkuasa menentukan kehidupan manusia, dan kerana mereka sangat-sangat lupa yang hidup di dunia adalah sementara

[ apalaaa nak jadi dengan mereka semua ini]

~sedang mendengar: Bukannya Aku Takut dari Juliette

PERTAMA

July 10th, 2008 by makcuuu

Pertama kali mendengar subjek ini, saya kurang berminat, apalagi untuk menghadirinya, saya berura-ura untuk menukar subjek ini dengan subjek yang lain, tetapi pada hari ini, pertama kali saya memasukinya, nama saya sudah dipanggil dan ditanya menyebabkan saya yang ternganga dari lamunan  jiwa lara agak terkejut, terkaget, tersedak dan terkedu.

Puan S mengetahui nama saya dan saya berasa sudah ada ‘ikatan’, ikatan apa, saya kurang pasti. Mungkin anda lebih pasti ikatan apa.

Pilihan PERTAMA selalunya adalah yang terbaik, dan datangnya dari Allah, kata cikgu saya. Kadang-kadang yang kita rasa kurang menarik pada kita, itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita, dan yang kita rasa sangat-sangat menarik, bukanlah yang terbaik untuk kita.

[ apa yang menarik pada anda?]

~ sedang mendengar : Hitam dari Padi

KEJAM

July 6th, 2008 by makcuuu

KEJAM, kejam, kejam, itulah kutukan komen yang membina serta struktur indah ayat ini khas ditujukan untuk jabatan saya. Seharusnya kami dimaklumkan lebih awal jika kami tidak mendapat subjek yang kami idam-idamkan, tetapi tergamak anda terus menghapuskan/ menghancurkan/menyahkan subjek tersebut dari jabatan, tanpa bertanya terus pada kami yang sememangnya tiada subjek, yang ada dalam kepala kami yang kami nak ambil lagi.

Memandangkan kami di akhir tahun, di akhir semester, saya dan rakan-rakan berasa agak tertekan, kurang bersemangat, sepi, ngeri, sukar tidur, sukar makan, sukar bergosip[ayat lebih-lebihan], apa perlu saya dan rakan-rakan buat, ya rakan-rakan saya perlu mencari subjek lain, dan saya perlu buat tak tahu…erk yeee ke.. yer betul.

[ saya memang nak sangat-sangat subjek itu dari tahun pertama lagi, tapi apakan daya takdir Ilahi, mereka menghilangkan terus subjek tersebut dari pandangan saya]

~ sedang mendengar : Denganmu (6 May) dari D.O.T

REKA

June 30th, 2008 by makcuuu

Seharusnya anda patut meREKA kesalahan atau kes yang lebih dramatik lagi, kenapa harus meniru kesalahan atau kes 10 tahun lepas, mungkin kerana anda sudah kekontangan idea atau anda memang kurang kreatif, kasihan anda. Oh mungkin juga kerana anda rasa sangat bangga menjatuhkan maruah mereka, mungkin juga anda merasa sangat teruja apabila melihat mereka mendapatkan perlindungan bukan dari anda, atau anda mungkin sangat mengelabah kerana mereka akan pasti dapat menjatuhkan anda satu hari nanti.

Anda, harus ingat dunia hanya sementara, tiada yang kekal di dalamnya, pangkat, harta, usia segalanya-galanya  adalah pinjaman sementara, tapi anda mungkin lupa, anda merasakan bahawa pangkat, harta, usia anda akan kekal selama-lamanya. Si setiausaha sulit yang bermuka jambu nampaknya terlalu terdesak…. inginkan apa, pangkat, harta, atau usia.??

[ sedar-sedarlah diri anda. Pijak lah di bumi yang nyata]

~sedang mendengar : Matahariku dari Agnes Monica

BAIK

June 28th, 2008 by makcuuu

Sifat BAIK yang ada pada En Razi (memang nama sebenar), dari Sri Lanka diperakui ramai, kerana kebaikannyalah maka dia telah di “pijak” (baca: ini adalah istilah). Kerana terlalu baik jugalah, kerjayanya sebagai tenaga pengajar dihujung tanduk.

Baik kepada pelajar menyebabkan pelajar tidak datang ke kelasnya, baik kepada pelajar, pelajar dengan bangganya datang lewat ke kelasnya, baik kepada pelajar menyebabkan pelajar berpeluang menanda kedatangan rakan-rakan yang tidak hadir sehingga menyebabkan kemarahan dekan kepadanya.

[Kesian En Razi, kerana baik, semoga keputusan saya akan baik juga]

~sedang mendengar : Terserah dari Glenn Fredly

MAIN

June 27th, 2008 by makcuuu

MakLong musykil melihat tangan dan kaki Abg Im berparut-parut kesan darah, Maklong dengan tegasnya bertanyakan kepada Abg Im mengenai kemusykilannya itu:

MakLong : Abg…. napa tangan tuh teeruk sgt, abg MAIN tanah kee… ke main binatang apa nih?

Abg Im : Maneeee ade abg mainnn… abg bekeejaaanyaaaa…abg tolong nenek Sara angkat pasu, tolong siram bunga, macam-macam abg wattt…

Nenek Sara: Oiiiiii.. pandai-pandailaaa ko nak kelentong semuaaa, maner ader ko tolong nenek, ko sepahkan nenek punya baja adalah… sebab tulaaa tangan ko cengitu .. da parut-parut eeey…takda sapa nak nanti….

Abg Im : Yer ke nek.. kalo main… tangan parut takda org nakk… neekk.. tgn nenek takda parut erkk.. sebab tuh Atuk Din nak..yee.yee..

[ jadi jangan biarkan tangan anda berparut, supaya ada yang nak anda, anda setuju?]

~sedang mendengar : Violet Hill dari  Coldplay

LETIH

June 19th, 2008 by makcuuu

LETIH bila terkenangkan anda…

Letih bila melihat anda…

Letih bila mendengar ucapan anda…

Letih bila mendengar suara anda…

Letih bila anda menyuruh itu dan ini…

Letih bila anda membuatkan saya lebih letih…

Tapi anda tidak pernah letih dan jemu terhadap saya…

Terima kasih anda…!!!!!

[ jangan pernah letih terhadap insan yang tidak letih terhadap anda]

~ sedang mendengar : My Little Lover dari Destiny